TERKINI : “Siapa Kata Melayu Tidak Boleh Bersaing?“– Anwar Ibrahim

Reformasi Malaysia sama ada dari segi ekonomi mahupun institusi tidak akan dicapai sekiranya sistem meritokrasi tidak dilaksanakan.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, urusniaga dan aktiviti yang berpaksikan hak istimewa dan naungan (patronage) perlu dihapuskan supaya setiap pihak sama ada kerajaan, sektor swasta malah rakyat sendiri mempunyai peluang yang sama rata.

“Siapa kata Melayu tidak boleh bersaing?

“Sebagai orang Melayu saya rasa terhina bila orang cakap kita tidak mampu bersaing dan berjaya,” katanya semasa sesi Up Close and Personal sempena Persidangan Malaysia A New Dawn di sini hari ini.