Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) beramah mesra dengan Calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) sambil diperhatikan Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim (kiri) pada majlis Ceramah Umum Pakatan Harapan di Masjid Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto SYAFIQ AMBAK, 11 OKTOBER 2018.

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, semalam.

Katanya, kejayaan Presiden PKR itu mendapat mandat rakyat dengan majoriti yang lebih besar membuktikan sokongan pengundi kepada Pakatan Harapan (PH) untuk terus kukuh.

“Saya mengucapkan tahniah kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang telah memenangi Pilihanraya Kecil P132 Port Dickson.

“Kejayaan ini membuktikan sokongan pengundi kepada PH terus kukuh,” katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik menerusi akaun Facebook beliau malam tadi.

Pada PRK itu, Anwar mendapat 31,016 undi, manakala calon Pas, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar (7,456); calon Bebas, Tan Sri Isa Abd Samad (4,230), Stevie Chan Kee Leong (337), Lau Seck Yan (214), Kan Chee Yuen (154) dan Saiful Bukhari Azlan (82 undi).

Muhyiddin berkata, beliau percaya kembalinya Anwar sebagai anggota Dewan Rakyat akan memperkukuhkan lagi muafakat PH di bawah teraju Perdana Menterim Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya yakin gandingan mantap kedua-dua pemimpin ini akan memberikan impak positif kepada rakyat dan negara.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera PH yang telah bekerja keras untuk memastikan kemenangan PH.

“Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pengundi Port Dickson yang telah membuat pilihan yang bijaksana,” katanya sambil mendoakan Anwar dapat menggalas amanah rakyat dengan cemerlang. – MalaysiaGazette