Seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati dalam lubang tadahan air dengan kesan tikaman di seluruh tubuh di Ladang Kambau, Kota Tinggi, dua hari lepas.

KEPALA BATAS – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dua laporan yang masing-masing dibuat oleh murid Tahun Lima dan pelajar Tingkatan Satu, mendakwa mereka diliwat oleh pengetua sebuah sekolah menengah di sini.

Kedua-dua pelajar terbabit membuat laporan polis hari ini mendakwa diliwat pengetua berusia 55 tahun tersebut pada hujung minggu lalu selepas memaklumkan kejadian kepada keluarga masing-masing.

Menurut sumber, mereka dihantar ke Hospital Kepala Batas bagi pemeriksaan sebelum dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan lanjut dan mendapati ada kecederaan di bahagian kemaluan masing-masing.

“Dua mangsa mendakwa diliwat pengetua itu ketika mereka menyertai satu program pendidikan di sekolah (menengah) berkenaan. Lelaki itu akan dipanggil pihak polis untuk direkodkan keterangan,” katanya di sini hari ini.

Menurut sumber selain dua mangsa berkenaan, beberapa pelajar lain turut mendakwa diliwat pengetua terbabit dan mereka dijangka membuat laporan polis esok.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast