China melakarkan sejarah apabila membina jambatan terpanjang di dunia sepanjang 55 kilometer. foto Bloomberg

BEIJING – China akan membuka jambatan pantai terpanjang – Hong Kong-Zhuhai-Macau di dunia pada hari ini selepas sembilan tahun pembinaan.

Perasmiannya akan disempurnakan oleh Presiden Xi Jinping adalah hasil kerja-kerja kejuruteraan selama 35 tahun bermula dari imiginasi hingga pelaksanaannya.

Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau bernilai AS$20 bilion akan dibuka pada hari Rabu adalah hasil kerja-kerja kejuruteraan yang berlangsung selama 35 tahun – bermula dari imaginasi hingga pelaksanaannya.

Ia merupakan elemen utama pelan China untuk Greater Bay Area yang meliputi 56,500 kilometer persegi (21,800 kilometer persegi) di selatan China dan merangkumi 11 bandar raya, termasuk Hong Kong dan Macau yang memiliki gabungan populasi seramai 68 juta orang.

Jambatan dengan tiga laluan bermula dari utara Lantau ke barat Pearl River Estuary dan 4.1 batu terowong antara dua pulau buatan bagi mengelakkan gangguan kepada trafik laut.

Jambatan ini akan mendekatkan hab ekonomi Tebing Barat Pearl River Delta Tanah Besar China ke Hong Kong dalam tiga jam perjalanan.

Sepatutnya, jambatan ini dibuka pada tahun 2016 tetapi ditangguhkan ke tahun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast