KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mendedahkan, penonton yang dikatakannya sebagai ‘berwajah hodoh dan bomoh’ ketika konsert GegarVaganza Ahad lalu adalah salah seorang daripada stafnya.
Menjelaskan mengenai perkara itu Aliff berkata, pekerja wanita tersebut yang dikenali sebagai Kila telah diminta untuk menjadi testimoni bagi tujuan mempromosi produk yang ditunjukkan pada malam berkenaan.
Malah katanya, Kila juga telah diberitahu awal mengenai perkara tersebut.
“Sebab tu kita dah plan dia duduk hujung senang kameraman nak capture (rakam).
“Bukan kita main terjah je kamera pun tak sempat nak ikut. Siapa yang ada di auditorium akan tahu,” katanya menerusi Instagram.
Menurut Aliff lagi, setiap demonstrasi terhadap barang yang hendak dipromosikan dalam rancangan itu hanya akan menggunakan stafnya sendiri dan tidak melibatkan pihak lain.
Katanya, semua itu boleh diketahui sekiranya penonton yang menilai berada dalam auditorium ketika konsert berlangsung.
Dalam pada itu, Aliff mengharapkan agar pihak-pihak tertentu yang memberikan kritikan supaya menilai sendiri dan meletakkan diri mereka ditempatnya yang telah menggunakan perbelanjaan berjuta ringgit sebagai penaja rancangan realiti tersebut.
“Bgitu juga kes Amelina dan Santesh pun saya minta maaf kerana niat saya bergurau akhirnya membawa padah dan menyinggung perasaan orang walapun orang lain cakap tidak pula menjadi isu,” katanya. – MalaysiaGazette