KUALA LUMPUR –  Enam belas daripada 22 premis rumah urut di sekitar Kuala Lumpur diarah tutup kerana beroperasi tanpa lesen dalam operasi khas rumah urut oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, malam tadi.

“Pihak kami telah memeriksa 22 premis rumah urut dan semua dikenakan tindakan sita barang-barang perniagaan mereka seperti kerusi lipat, khemah, dan ‘decoder rakaman litar tertutup (CCTV)’”, kata Pengarah Penguatkuasa DBKL Azman Mahmood.

Daripada jumlah itu, 16 premis dikenakan tindakan penutupan premis.

“Operasi ini dilakukan oleh 22 pegawai dan anggota DBKL bermula pukul 8 malam hingga 2 pagi tadi,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Beliau berkata DBKL akan terus bergiat aktif dalam membanteras premis-premis rumah urut yang beroperasi tanpa lesen dan akan mengambil tindakan tegas terhadap premis yang ingkar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast