Datuk Seri Mohamed Ali mendahului pencabar jawatan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dengan majoriti 775 undi.
Berbaki enam cabang, penyandang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih mendahului pencabarnya Mohd Rafizi Ramli dalam perebutan jawatan nombor dua dalam parti itu.

KUALA LUMPUR – Penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pesaingnya, Rafizi Ramli pada pusingan fasa kedua pemilihan di Sarawak hari ini.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu menang semua tujuh cabang di Sarawak dengan kelebihan 748 undi.

Kerusi itu adalah Mambong, Sri Aman, Stampin, Sarikei, Petra Jaya, Santubong dan Sibu.

Azmin memperoleh sebanyak 1161 undi sementara Rafizi memperolehi 377 undi.

Ia berdasarkan kepada peratusan keluar mengundi yang hanya dicatatkan pada 50 peratus.

Fasa pertama pengundian semalam, Azmin menang 16 daripada 22 cabang yang bertanding.

Semalam Azmin menang di PKR Bahagian Mas Gading, Bandar Kuching, Kota Samarahan, Batang Sadong, Batang Lupar, Lubok Antu, Betong, Saratok, Kanowit, Lanang, Mukah, Selangau, Hulu Rajang, Bintulu, Baram dan Lawas.

Lawannya, Rafizi pula mencatat kemenangan di lima cabang iaitu Serian, Kapit, Sibuti, Miri dan Limbang.

Keputusan tidak rasmi secara keseluruhan Azmin memperolehi 4019 sementara Rafizi meraih 1,885 undi dalam proses pengundian di Sarawak. -MalaysiaGazette