Vahid Mazloumin

TEHRAN – Iran telah melaksanakan hukuman bunuh ke atas seorang pedagang yang dikenali sebagai ‘Sultan of Coins’ kerana mengumpul kira-kira dua tan syiling emas.

Vahid Mazloumin dan seorang lagi rangkaian perdagangan mata wangnya menerima hukuman mati untuk ‘menyebarkan rasuah di bumi’.

Agensi Berita Iran, azloumin dan rakan kongsi telah mengumpul syiling itu untuk memanipulasi harga.

Kumpulan hak asasi, Amnesty International menggambarkan tindakan itu sebagai mengerikan dan pelanggaran undang-undang antarabangsa.

“Penggunaan hukuman mati amat mengerikan dalam apa jua keadaan,” kata Amnesty dalam satu kenyataan, sambil menambah di bawah undang-undang antarabangsa hukuman mati adalah benar-benar dilarang untuk jenayah yang tidak sepatutnya seperti rasuah kewangan.

Mazloumin ditangkap pada bulan Julai kerana beroperasi sebagai spekulator dan dituduh mengumpul duit syiling emas dengan tujuan memanipulasi harga di pasaran tempatan.

Pada bulan Ogos, Ketua Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei meluluskan permintaan kehakiman untuk menubuhkan mahkamah khas bagi menangani kes jenayah kewangan.

Sejak itu, mahkamah-mahkamah ini telah menghukum mati beberapa indivdu dalam perbicaraan yang sering disiarkan secara langsung di televisyen. – MalaysiaGazette