Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof (tengah) diiringi Pengerusi Madrasah Assirathul Mustaqeem, Datuk Abdul Hamid Abdu (empat kanan) bergambar bersama penerima anugerah tokoh Maulidur Rasul pada majlis Sambutan Maulidur Rasul 2018 di Madrasah Assirathul Mustaqeem (Masjid India Kajang), Kajang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 20 NOVEMBER 2018

KAJANG – Memorandum yang diserahkan oleh masyarakat India Muslim berhubung visa untuk kemasukan imam dan guru dari India untuk mengajar agama di negara ini akan dibincang dengan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, ia merupakan masalah dihadapi oleh kebanyakan masyarakat India Muslim yang belajar ilmu agama dengan menggunakan khidmat pakar dari negara luar.

“Sebab mereka ini tak sama dengan mazhab Shafie. Jadi, mereka memerlukan orang yang pakar dalam bidang itu.

“Bila isteri mereka dihantar balik selepas tamat visa, ini melemahkan semangat mereka untuk duduk di sini memberi khidmat terus bakti mereka,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2018 di Madrasah Assiratul Mustaqeem di sini malam ini.

Mujahid berkata, dalam menjaga kepentingan terhadap masyarakat tentang urusan agama beliau merasakan ia merupakan satu langkah yang perlu diberi perhatian.

Katanya, sebagai menteri yang bertanggunjawab terhadap hal ehwal Islam, beliau menyokong dan berjanji membantu menyelesaikan perkara itu dengan bertemu menteri dalam negeri.

“Saya akan bawa perkara ini kerana akhirnya ia akan berada di KDN.

“KDN yang akan bagi (visa) bukan saya, tapi atas keperlaun itu saya akan menyokonglah,” ujarnya tanpa menyatakan jumlah imam dan guru berkenaan.

Tambah beliau, langkah yang diambil itu sejajar dengan hasrat kerajaan yang mahu mmengotakan Islam sebagai rahmatan lil alamin. – MalaysiaGazette