Rina
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun bercakap pada program Interaksi YB Menteri Pembangunan Luar Bandar Bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Negeri Melaka di Dewan Tun Razak, Institut Kemajuan Desa (INFRA), Bangi, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 26 NOVEMBER 2018

BANGI – Teka teki mengenai dakwaan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim bahawa ramai veteran UMNO akan menyertai parti itu masih belum terjawab.

Menurut Ketua Srikandi PPBM, Datuk Seri Rina Harun, senarai mengenai nama-nama veteran UMNO masih belum diterima kepimpinan tertinggi yang akan menyertai parti itu kelak.

“Buat masa sekarang, saya tidak ada nama-nama itu,” katanya dalam sidang media pada program interaksi bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Negeri Melaka di Institut Kemajuan Desa (Infra), hari ini.

Rais pada awal November lalu berkata veteran UMNO di beberapa negeri seperti Johor, Kelantan dan Kedah sudah menzahirkan keinginan untuk menyertai parti.

Namun senarai nama itu tidak dapat diumumkan atas permintaan individu berkenaan.

Sebelum ini, ramai veteran terkenal UMNO bertindak keluar parti dan menyertai parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Antaranya Tan Sri Syed Hamid Albar dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyertai parti itu setelah gabungan Pakatan Harapan (PH) memenangi Putrajaya Mei lalu.

Rais menyertai PPBM pada 4 Jun lalu, Syed Hamid pada 26 September lalu, sementara Mustapa, Oktober lalu.

Terbaharu, Tan Sri Rafidah Aziz mengumumkan beliau mahu menyertai PPBM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast