Pengusaha Restoran Bapak Beriani, Rosnan Ibrahim (kiri) bersama isteri, Faizah @ Rashidah Dahari, 44 (kanan) menunjukkan nasi beriani yang dijual kepada orang ramai pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA 2018) di MAEPS Serdang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 24 NOVEMBER 2018

SERDANG – Berita gembira buat peminat menu udang galah apabila sebanyak 250 kilogram (kg) menanti mereka yang hadir ke sempena pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro 2018 (MAHA 2018) bermula 22 November lalu.

Lebih istimewa, kali ini terdapat menu dikenali Bapak Beriani udang galah yang disediakan oleh Restoran Bapak Beriani di medan selera di MAEPS di sini.

Pengusaha restoran, Rosnan Ibrahim memberitahu, pihaknya menyedia dua jenis udang galah iaitu sepit biru sebanyak 50 kg dan biasa sebanyak 200 kg.

Jelas beliau yang terlibat dalam bidang makanan sejak 10 tahun yakin semua bekalan udang galah itu akan dapat dihabiskan sepanjang 11 hari pameran dwitahunan itu.

“Kalau nasi beriani ini, orang sudah biasa dengan kambing dan sambutan memang tinggi. Namun berdasarkan sambutan udang galah pada MAHA dua tahun lalu, sebanyak 200 kg udang galah saya habis dijual.

MGF23112018_MAHA201802
Pengusaha Restoran Bapak Beriani, Rosnan Ibrahim bercakap pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA 2018) di MAEPS Serdang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 24 NOVEMBER 2018

“Jadi kali ini saya memperkenalkan pula udang galah sepit biru yang dianggap seperti jongkong emas kerana hanya boleh di dapati di Sungai Muar dan Pagoh sahaja,” katanya.

Beliau yang memiliki dua restoran Bapak Beriani di Johor ditemui MalaysiaGazette di MAEPS di sini baru-baru ini.

Rosnan memberitahu, keistimewaan Bapak Beriani Udang Galang itu kerana digoreng bersama mentega sehingga mengeluarkan air daripada haiwan untuk disebatikan dengan kuah dan perencah beriani.

Jelas beliau, harga bagi menu itu mengikut berat udang iaitu RM19 setiap 100 gram bagi sepit biru dan harga menu udang galah biasa iaitu sebanyak empat ekor adalah RM19 sepinggan.

“Untuk masa akan datang datang, saya merancang untuk memperkenalkan menu beriani sotong dan ketam pula,” katanya yang pernah mengeluarkan perencah beriani jenama Rashidah Product pada 2010.

MGF23112018_MAHA201804
Pengusaha Restoran Bapak Beriani, Rosnan Ibrahim (kiri) bersama isteri, Faizah @ Rashidah Dahari, 44 (dua kiri) melayani pelanggan pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA 2018) di MAEPS Serdang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 24 NOVEMBER 2018

Rosnan memberitahu, sebelum ini dia lebih dikenali dengan menu mi bandung udang galah hingga mendapat gelaran Nan mi bandung.

Katanya, ketika ini dia memiliki restoran di susur keluar Tol Pagoh dan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh arah ke selatan dengan jumlah kakitangan melebihi 20 orang.

Ditanya mengapa memilih nama Bapak Beriani, usahawan berusia 53 tahun itu berkata, ayat bapak itu agak catchy dan sering menjadi ungkapan anak muda apabila memuji sesuatu benda.

“Mungkin namanya pelik tapi sedap didengar kerana remaja sekarang gemar mengungkapkan perkataan ‘bapaklah’ apabila memuji sesuatu benda itu bagus,” katanya tersenyum.

Sementara itu, orang yang berminat mencuba Bapak Beriani Udang Galah boleh ke MAHA 2018 yang berlangsung hingga 2 Disember ini atau hubungi talian 0172505670 untuk maklumat lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast