Young Syefura Othman
Young Syefura Othman

KUALA LUMPUR – Skim Potongan Gaji Berjadual (PGB) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dibatalkan hari ini turut mendapat sindiran Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ketari dari DAP, Young Syefura Othman.

Dalam hantaran terbaharunya, Syefura mempersoalkan kenapa pihak PTPTN baru hendak mendapatkan maklum balas ramai, sedangkan ia sudah diumumkan.

“Amendelah (apa bendalah) buat keputusan, umum lepas tu baru nak tanya feedback public (maklum balas umum),” tulis beliau menerusi akaun Twitternya Rara@youngsyefura hari ini.

Semalam, Syefura yang lebih dikenali dengan panggilan Rara dan beberapa ADUN DAP dari Selangor menzahirkan rasa tidak puas hati dengan PGB PTPTN yang diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Beliau turut menegur menteri itu dan Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan kerana melaksanakan skim PBT baharu yang jelas membebankan peminjam.

Hari ini, mesyuarat Jemaah Menteri menangguhkan skim PGB PTPTN yang sepatutnya berkuatkuasa Januari ini.

Skim itu ditangguhkan untuk sementara waktu sehingga kerajaan menerima input secara kolektif dan maklum balas daripada semua pemegang kepentingan. – MalaysiaGazette

Pelaksanaan Potongan Gaji Berjadual PTPTN ditangguhkan

PTPTN, Singapura: Apa agaknya keputusan Kabinet hari ini

Potongan gaji berjadual PTPTN dibuat secara semborono – Pemuda PAN

Majikan keliru dengan potongan gaji PTPTN

Majikan tiada hak potong gaji pekerja tanpa kebenaran – Kulasegaran

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast