Gambar hiasan. Foto Reuters

SINGAPURA – Harga minyak dunia jatuh 1 peratus selepas susut di bawah AS$50 setong berbanding sesi sebelumnya selepas inventori meningkat dan rekos pengeluaran minyak syal membimbangkan.

Para pedagang berkata, kebimbangan meningkat berhubung permintaan niaga hadapan minyak berikutan pertumbuhan lembap ekonomi global.

Selain itu, pasaran juga ragu-ragu dengan rancangan OPEC untuk mengurangkan pengeluaran turut menjadi faktor kemerosotan harga minyak.

Niaga hadapan minyak West Texas Intermediate didagangkan pada AS$49.35 setong pada 0035 GMT. Niaga hadapan Brent belum didagangkan lagi.

Harga minyak mentah lebih rendah di tengah-tengah kebimbangan permintaan yang lebih rendah mendorong inventori lebih tinggi di Amerika Syarikat,” kata ANZ Bank pada hari Selasa.

Pengeluaran minyak dari tujuh lapangan utama di Amerika Syarikat dijangka melepasi 8 juta tong sehari menjelang akhir tahun ini, kata Pentadbiran Maklumat Tenaga dalam laporan bulanan.

Inventori di hab penyimpanan Cushing, Oklahoma, naik lebih daripada 1 juta tong dari 11 hingga 14 Dis, kata peniaga, memetik data dari firma risikan pasaran Genscape. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast