Sarah McIver. foto Agensi

MONTREAL – Seorang warga Kanada yang ditahan di China awal bulan ini telah pulang selepas dibebaskan daripada tahanan.

Rakyat Kanada yang ditahan itu dikenal pasti sebagai Sarah McIver, seorang guru.

Namun, jurucakap kerajaan yang mendedahkan perkara itu tidak menjelaskan bila dia dibebaskan.

Menteri Luar China mendakwa, McIver ditahan bagi menjalani ‘hukuman pentadbiran’ kerana bekerja secara haram.

Tetaoi, Kanada menegaskan tiada sebab wanita itu ditahan oleh China.

McIver adalah warga Kanada ketiga ditahan oleh China selepas Vancouver menahan Ketua Pegawai Kewangan Huawei, Meng Wanzhou pada 1 Disember lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast