HONG KONG – Cathay Pacific telah tersilap jual tiket kelas perniagaan pada harga AS$675 kepada beberapa penumpang ‘bertuah’.

Syarikat penerbangan itu berkata, jualan pada harga tersebut dibuat bagi penerbangan pada bulan Ogos untuk laluan Vietnam ke New York.

Harga bagi laluan yang sama dijual pada bulan Julai dan September adalah sebanyak AS$16,000.

Cathay Pacific mengakui kesilapan tersebut selepas harga tiket itu didedahkan oleh seorang blogger penggembara pada 31 Disember.

Mac Jaehnert, dari Milwaukee, Wisconsin mengetahui mengenai tawaran tiket itu telah berpeluang menempah tiket kelas pertama dari Boston ke Hong Kong dan kemudian mengambil penerbangan kelas perniagaan ke Hanoi pada harga AS$1,220.

Sebelum ini beliau yang selalu berangan-angan untuk duduk di kelas pertama memandangkan dia selalu menggembara dengan kelas ekonomi sahaja.

“Tiket satu hala Cathay untuk kelas pertama kira-kira AS$18,000 dan saya dapati harga ditawarkan kurang daripada anggaran saya.

“Apabila saya melakukan pengiraan, apa yang saya bayar ialah hampir 95 peratus daripada harga sebenar,” katanya. – MalaysiaGazette