Rara

KUALA LUMPUR – Nasi goreng strawberi ciptaan Datuk Ahmad Maslan sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman.

Wakil rakyat dari DAP itu yang lebih dikenali dengan panggilan Rara menerusi ciapan akaun twitternya memberitahu; “teringin nak rasa”.

Beliau memuatnaik komen itu dipercayai merujuk gambar nasi goreng strawberi yang Ahmad Maslan tularnya menerusi akaun Twitternya hari ini.

Nasi goreng strawberry Ahmad Maslan mendapat perhatian wakil rakyat DAP.
Nasi goreng strawberry Ahmad Maslan mendapat perhatian wakil rakyat DAP.

Ahmad Maslan yang merupakan Ahli Parlimen Pontian turut memuatnaik empat keping gambar yang menunjukkan beliau sedang memasak nasi goreng strawberi sebelum meletaknya dalam pinggan untuk dimakan.

Nasi goreng itu kelihatan menarik dengan hiasan beberapa biji strawberi yang dibelah dua.

Beliau menulis, “Nasi Goreng #strawberry!! Asyik nasi goreng. Tak reti masak yang lain ke? Reti tapi ini special sebab strawberry beli di #CameronHighlands sempena pilihan raya kecil.

“Nasi, bawang, telur, bilis, ladam sos cili, kobis, garam, minyak sawit dan strawberry dibelah dia. Sedap…sila cuba,” tulisnya.

Statusnya itu turut menerima pujian dan sindirian dari warganet, yang menyifat Ahmad Maslan sebagai kreatif dan kelakar.

Cameron Highlands, kawasan sejuk yang terletak di Pahang terkenal sebagai pusat tanaman dan pengeluaran strawberi terbesar di negara ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.