Datuk Seri Adnan Yaakob
Bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob bercakap kepada media selepas Majlis Minum Teh di Dewan Masyarakat Orang Asli, Sungai Ruil, Tanah Rata, Pahang. foto HAZROL ZAINAL, 25 JANUARI 2019.

TANAH RATA – Bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan hutang Kerajaan Negeri Pahang sebenarnya tidak melebihi RM700 juta ketika beliau menerajuinya sebelum ini.

Beliau berkata, jumlah hutang itu melonjak apabila kerajaan negeri terpaksa menanggung kos tinggi yang sepatutnya menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dalam perbelanjaan bekalan air, sukan dan bencana.

“Macam mana kita tak berhutang banyak, pertama projek bekalan air, panjang paip di seluruh Pahang ini berjumlah 12,000 kilomoter. Kalau kita pasang paip di London pergi balik sampai ke mari tak cukup lagi, panjang lagi.

“Tapi Lim Guan Eng mempolitikkan isu ini, hutang kita bukan sampai RM3 bilion. Sebenarnya hutang Pahang tidak banyak sebegitu, saya harap perkara ini jelas. Jumlah hutang Pahang tidak lebih daripada RM700 juta.

“Ini kerana kita mengambil alih tanggungjawab Kerajaan Persekutuan contohnya untuk menganjurkan Sukan Malaysia (SUKMA), kerja-kerja bantuan mangsa banjir, semua ini dipikul oleh kerajaan negeri yang sepatutunya dipikul oleh kerajaan pusat,” katanya ketika ditemui selepas majlis minum teh bersaam veteran komando, tentera di Kampung Sungai Ruil, di sini, hari ini.

MGF25012019_ADNAN MINUM TEH01
Bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berucap pada Majlis Minum Teh di Dewan Masyarakat Orang Asli, Sungai Ruil, Tanah Rata, Pahang. foto HAZROL ZAINAL, 25 JANUARI 2019.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan hutang Kerajaan Negeri Pahang kini mencecah RM2.8 bilion sejak 2014, dan bukan RM760 juta seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Lim Guan Eng berkata, jumlah hutang yang tinggi itu telah diaudit dan disahkan oleh Ketua Audit Negara.

Malah Rabu lalu, Menteri Besar Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jumlah sebenar hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan setakat 31 Disember 2018 hanyalah RM760 juta.

Wan Rosdy berkata, angka RM3.178 bilion seperti mana yang dinyatakan oleh menteri kewangan itu sebagai hutang kerajaan negeri tidak tepat.

Semasa banjir di Pahang pada 2014, kerajaan negeri telah membelanjakan RM40 juta di mana Kerajaan Persekutuan meminta kerajaan negeri mendahulukan kos tersebut.

Selain itu, kerajaan negeri juga terpaksa membelanjakan RM200 juta bagi penganjuran Sukan Malaysia Pahang pada 2012 yang mana jumlah itu juga belum dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.

Wan Rosdy juga berkata, kerajaan negeri terpaksa membelanjakan RM2.2 bilion bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan air. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast