Meng Wanzhou. foto CNN

WASHINGTON – Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) telah memfailkan pertuduhan jenayah ke atas Huawei dan Meng Wanzhou, Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat tersebut.

Antara dakwaan adalah pertuduhan menipu bank, menghalang keadilan dan kecurian teknologi daripada syarikat Amerika Syarikat, T Mobile.

Meng ditahan di Kanada bulan lepas atas permintaan Amerika Syarikat kerana didakwa melanggar sekatan terhadap Iran.

Wanita itu adalah anak kepada pengasas Huawei.

Huawei adalah firma yang menyediakan perkhidmatan dan perkakasan telekomunikasi terbesar di dunia, mengatasi Apple dan Samsung.

Kes ini telah menjejaskan hubungan antara China, Kanada dan Amerika Syarikat.

Huawei dan Meng telah mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan-dakwaan tersebut.

Dakwaan tersebut menyebut Huawei telah menipu Amerika Syarikat dan sebuah bank global mengenai hubungannya dengan dua anak syarikat, Huawei Device USA dan Skycom Tech, untuk menjalankan perniagaan dengan Iran.

Pentadbiran Presiden Donald Trump telah mengenakan semua sekatan ke atas Iran yang dikeluarkan di bawah perjanjian nuklear tahun 2015 dan baru-baru ini mengenakan langkah yang lebih ketat membabitkan eksport minyak, perkapalan dan bank.

Dalam kes kedua, Huawei didakwa mencuri teknologi dari T Mobile yang digunakan untuk menguji ketahanan telefon pintar, serta menghalang keadilan dan melakukan penipuan wayar.

Secara keseluruhannya, Amerika Syarikat telah membuat sebanyak 23 pertuduhan terhadap syarikat itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast