KUALA LUMPUR – Kemunculan Datuk Seri Nurhaliza dalam satu persembahan acara pelancaran Vivo Malaysia baru-baru ini memberi gambaran bahawa penyanyi popular nombor satu Malaysia itu akan kembali menjadi duta jenama telefon pintar itu sekali lagi.

Teka-teki itu semakin menjadi nyata apabila Vivo Malaysia sendiri berkongsi beberapa gambar sesi fotografi Siti Nurhaliza bersama produk telefon pintar itu di akaun Facebooknya, baru-baru ini.

Bagaiamanapun Vivo Malaysia masih belum mengesahkan pelantikan dan kolobrasi terbabit.

MalaysiaGazette dimaklumkan pengumuman mengenai berita gembira buat peminat Siti Nurhaliza itu akan dibuat Vivo Malaysia tidak lama lagi.

Siti_4
Siti Nurhaliza

Vivo Malaysia dalam satu kenyataan berkata, jenama telefon pintar global yang memberi fokus kepada kualiti bunyi dan fotografi berteknologi canggih itu akan mengembangkan produk inovasi bergaya bagi pengguna di seluruh dunia.

Vivo kini memiliki pusat penyelidikan dan pembangunan di seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat dan China.

Sebagai penaja rasmi Piala Dunia FIFA, Vivo percaya betapa pentingnya untuk menggalakkan golongan muda

Vivo mempunyai lebih daripada dua ratus juta pengguna menikmati produk dan perkhidmatan mudah alihnya di seluruh dunia.

Vivo hadir di 18 pasaran di seluruh dunia dan menampilkan kedai runcit luar talian di lebih 1,000 bandaraya di seluruh dunia. – MalaysiaGazette