Tan Sri Noh Omar

TANJONG KARANG – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Noh Omar berharap kerjasama yang kini terjalin antara UMNO dan PAS akan membawa kemenangan calon BN pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih nanti.

“Kita harap kerjasama PAS dan UMNO pada PRK itu kelak dapat menolak calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menunjukkan referendum rakyat kepada kerajaan Pakatan Harapan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Sungai Burong, di sini hari ini.

Bagaimanapun kata beliau, walaupun ini merupakan PRK pertama calon kedua-dua parti berkenaan bertembung, namun pihaknya menerima hakikat keadaan politik di Selangor adalah berbeza berbanding PRK di Cameron Highlands baru-baru ini yang menyaksikan kemenangan calon BN.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast