Ketidakcerdikan pemimpin PH mengeluarkan kenyataan menjadi bahan sindir dan lawak warga netizen
Ketidakcerdikan pemimpin PH mengeluarkan kenyataan menjadi bahan sindir dan lawak warga netizen

KUALA LUMPUR – Apa kaitan pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg dengan timbalan menteri kontroversi, Datuk Marzuki Yahya?

Seorang netizen menimbulkan tanda tanya itu selepas pemimpin dari DAP, Dr. Ong Kian Ming menyatakan Mark Zuckerberg tidak tamat pengajian di universiti Harvard tetapi boleh menjadi seorang perniagaan yang berjaya.

Menurut netizen, Noorhaizaa Abdullah, Kian Ming yang merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu faham atau tidak isu yang berbangkit ketika ini.

Jelas beliau, apa yang berlaku ketika ini ialah rakyat Malaysia termasuk warga netizen mempersoalkan tindakan Timbalan Menter Luar itu memalsukan sijil pengajiannya, bukan soal layak atau tidak seseorang itu bukan berdasarkan sijil akademik.

“Sejak bila Mark Zuckerberg timbalan menteri? Adoyaiii..” katanya dengan nada sindiran malu atas sikap tidak faham timbalan menteri DAP itu.

Semalam, media melaporkan kenyataan Kian Min bahawa seorang ahli politik tidak memerlukan ijazah untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.

Katanya, orang ramai yang mempertikaikan kelayakan akademik seorang timbalan menteri ketika ini bukanlah kerana beliau tidak mempunyai ijazah, sebaliknya orang ramai dikelirukan dengan kelayakannya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP turut menggunakan contoh beberapa orang ahli perniagaan terkenal untuk menggambarkan situasi tersebut.

“Bill Gates tidak menamatkan pelajaran di kolej tapi tiada siapa kata dia tidak layak mengetuai Microsoft. Mark Zuckerberg tidak menamatkan pelajaran di Harvard dan akhirnya mengasaskan Facebook. Steve Jobs meninggalkan kolej kerana masalah kewangan,” kata timbalan menteri itu.

Kenyataannya itu turut mendapat komen negatif dari netizen yang menyifatkan pemimpin Pakatan harapan (PH) itu tidak faham dengan isu sekarang.

“Dia ni faham ke tidak? Isunya tipu sijil bukan pasal ada ijazah ke tidak ada ijazah ke..” kata Nur Jannah.

Rakannya, Mohammad turut meninggalkan komen, “Bukan ijazah yang penting, tapi tipu ijazah itu yang salah. Sejak bila MP PH ni jadi bodoh?. – MalaysiaGazette