Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, didorong oleh minat belian terhadap saham-saham wajaran tinggi terpilih berkaitan perbankan, kata peniaga.

Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri dagangan dengan menokok 2.04 mata kepada 1,688.56 berbanding 1,686.52 sewaktu ditutup pada Jumaat lalu.

Indeks penanda aras itu bergerak dalam lingkungan 1,681.64 dan 1,689.74 sepanjang dagangan hari ini selepas dibuka menokok 2.18 mata kepada 1,688.7.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 489 berbanding 351 manakala 354 kaunter tidak berubah, 659 tidak didagangkan dan 23 lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.57 bilion unit bernilai RM1.66 bilion daripada 2.48 bilion unit bernilai RM1.72 bilion pada Jumaat.

Peniaga berkata, pasaran turut menyaksikan beberapa aliran kenaikan kecil walaupun pasaran yang secara amnya tertekan berikutan tindakan pengurus dana mengambil kesempatan untuk menjana pulangan dalam tahun yang disifatkan sebagai mencabar ini.

Katanya, pasaran saham China yang lebih kukuh dan beroperasi semula selepas cuti Tahun Baru Cina yang panjang berakhir, turut membantu melonjakkan sentimen pasaran tempatan walaupun di tengah-tengah kebimbangan membabitkan perkembangan terbaharu pertikaian perdagangan Amerika Syarikat (AS)–China.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik satu sen kepada RM9.59, Public Bank menokok 16 sen kepada RM25.08 manakala CIMB untung sembilan sen kepada RM5.76.

Bagi saham aktif, Prestariang untung 7.5 sen kepada 43.5 sen dan Green Packet naik satu sen kepada 43 sen.

Sapura Energy, Bumi Armada dan Priceworth pula masing-masing tidak berubah kepada 28 sen, 23.5 sen dan lima sen.

Indeks FBM Emas meningkat 3.30 mata kepada 11,728.82 manakala Indeks FBMT 100 susut 1.97 mata kepada 11,599.57 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 17.83 mata kepada 11,575.2.

FBM 70 pula merosot 68.29 mata kepada 13,964.61 namun Indeks FBM Ace meningkat 28.3 mata kepada 4,583.52.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 65.561 mata kepada 17,707.67, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 0.53 mata kepada 162.5 manakala Indeks Perladangan susut 41.11 mata kepada 7,258.49.

Di Pasaran Utama, jumlah dagangan meningkat kepada 1.93 bilion saham bernilai RM1.55 bilion berbanding 1.9 bilion saham bernilai RM1.59 bilion pada Jumaat lalu.

Jumlah waran sebaliknya berkurangan kepada 347.83 juta unit bernilai RM64.82 juta daripada 389.26 juta unit bernilai RM90.31 juta yang didagangkan pada Jumaat.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan meningkat kepada 289.21 juta saham bernilai RM46.87 juta berbanding 191.34 juta saham bernilai RM35.98 juta, sebelum ini.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 259.71 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan industri (321.9 juta), pembinaan (140.4 juta), teknologi (201.95 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (41.81 juta), hartanah (106.14 juta), perladangan (49.76 juta), REIT (12.19 juta), dana tertutup (6,300), tenaga (509.32 juta), penjagaan kesihatan (27.31 juta), telekomunikasi dan media (229.35 juta), pengangkutan dan logistik (23.76 juta) serta utiliti (14.07 juta). – MalaysiaGazette