ringgitHarga saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dibuka hari ini, didorong beberapa sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran saham Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan sentimen berhati-hati menjelang rundingan perdagangan yang baharu antara Amerika Syarikat (AS) dan China, kata peniaga.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,687.41, susut 1.15 mata, daripada 1,688.56 semasa ditutup pada Isnin.

Indeks dibuka tinggi 3.66 mata kepada 1,692.22 dan berada antara 1,683.73 dan 1,692.22 sepanjang hari.

Peniaga berkata, sentimen pelabur terus lemah, menunggu perkembangan pusingan rundingan perdagangan yang baharu antara AS dan China yang dijadualkan pada Khamis dan Jumaat ini.

Rundingan itu akan diterajui oleh Wakil Perdagangan AS Robert Lighthizer, Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin dan Timbalan Perdana Menteri China Liu He.

“Sentimen berhati-hati dalam pasaran berikutan rundingan perdagangan AS-China bermula minggu ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut tiga sen kepada RM9.56, Public Bank merosot 12 sen kepada RM24.96, TNB turun enam sen kepada RM13.10 dan Petronas Chemicals berkurangan 13 sen kepada RM8.41.

CIMB meningkat enam sen kepada RM5.82.

Daripada saham aktif, Barakah menambah tiga sen kepada 13.5 sen, Seacera dan VS Industry, masing-masing menokok 3.5 sen kepada 29.5 sen dan 90.5 sen.

Bumi Armada turun satu sen kepada 22.5 sen manakala Sapura Energy tidak berubah pada 28 sen.

Suasana pasaran positif dengan 425 kaunter untung dan 406 kaunter rugi manakala 369 kaunter kekal tidak berubah, 653 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.69 bilion unit bernilai RM1.95 bilion daripada 2.57 bilion unit bernilai RM1.66 bilion.

Indeks FBM Emas susut 1.07 mata kepada 11,727.7 dan Indeks FBMT 100 merosot 3.931 mata kepada 11,595.64 manakala Indeks FBM Emas Shariah naik 6.24 mata kepada 11,581.44.

FBM 70 meningkat 11.76 mata kepada 13,976.37 dan Indeks FBM Ace menambah 32.97 mata kepada 4,616.49.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 10.34 mata kepada 17,718.01 dan Indeks Perladangan naik 72.6 mata kepada 7,331.09 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 1.47 mata kepada 161.03.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.95 bilion saham, bernilai RM1.8 bilion, daripada 1.93 bilion saham bernilai RM1.55 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran naik kepada 386.87 juta unit, bernilai RM77.53 juta daripada 347.83 juta unit bernilai RM64.82 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 353.62 juta saham, bernilai RM81.08 juta, daripada 289.21 juta saham, bernilai RM46.87 juta dicatatkan pada Isnin.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 310.73 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (405.5 juta), pembinaan (166.01 juta), teknologi (193.17 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (47.33 juta), hartanah (144.62 juta), perladangan (29.45 juta), REIT (16.08 juta), dana tertutup (2,200), tenaga (496.71 juta), penjagaan kesihatan (46.49 juta), telekomunikasi dan media (56.66 juta), pengangkutan dan logistik (23.52 juta) dan utiliti (20.02 juta).– BERNAMA