SPRM buka bilik gerakan sepanjang PRK DUN Semenyih
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan bilik gerakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan berkaitan rasuah.

Jurucakap SRPM memberitahu, bilik gerakan yang beroperasi 24 jam itu terletak di tingkat bawah Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Jalan Cempaka Putih, dekat Semenyih.

Katanya, penempatan bilik gerakan itu mempunyai kaitan dengan perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh calon, jentera dan parti politik yang mengambil bahagian bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 2 Mac ini.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan dan salah guna kuasa melalui emel kepada [email protected] atau menghubungi talian 016-9880782 atau 03-55256500 dan faks 03-55256514,” kata kenyataan itu kepada media hari ini.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu lagi, SPRM turut mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast