, Anthony Loke

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan dalam beberapa hari ini akan mempertimbangkan untuk memberi lampu hijau istimewa kepada kapal nelayan Hong Kong untuk membeli ikan ternakan hidup dari Malaysia.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kapal nelayan dari Hong Kong dijangka dapat datang semula ke Malaysia mulai 1 Mac.

Beliau berkata, kelulusan itu bagaimanapun adalah bersifat sementara iaitu hanya selama enam bulan.

“Kelulusan sementara diberikan untuk mengelakkan ia menjelaskan pembekal tempatan,” katanya kepada China Press.

Beliau berkata demikian selepas Jabatan Laut Malaysia mengubah peraturan mengenai kemasukan kapal nelayan Hong Kong.

Keadaan itu dilaporkan telah menyebabkan penternak tempatan tidak dapat menghantar hasil ikan ke wilayah China itu.

Keadaan itu juga mendapat perhatian Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mahu membincangkan isu itu dengan Kementerian Pengangkutan.

Para pengusaha pula berpendapat polisi berkenaan kemasukan kapal nelayan Hong Kong tidak harus diubah secara mendadak kerana pengusaha mungkin didakwa kerana melanggar kontrak dengan pembeli luar negara.

Mereka bagaimanapun berterima kasih kepada kerajaan kerana kelulusan enam bulan  yang bakal diberikan akan memulihkan eksport ke Hong Kong.

Pihak berkenaan juga berharap Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menilai semula keputusan terdahulu selain berkomunikasi dengan kerajaan negeri dan Jabatan Perikanan.

Mengulas lanjut, Siew Fook berkata, kapal nelayan Hong Kong hakikatnya tidak memenuhi syarat dan tidak mencapai standard teknikal yang ditetapkan Malaysia.

“Kelulusan yang diberikan justeru adalah bersifat sementara dan kami perlu mencari jalan penyelesaian jangka panjang,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast