Mohamad Fuzi Harun

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW di Facebook telah ditangkap dan ditahan reman sehingga 22 Febuari.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun suspek berumur 68 tahun akan disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mencetuskan suasana tidak harmoni atas alasan agama dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurutnya, polis menerima  395 laporan di seluruh negara berhubung status yang dimuat naik oleh lelaki itu di Facebook baru-baru ini.

“PDRM telah menahan seorang lelaki warga negara Malaysia berusia 68 tahun yang memuat naik status penghinaan tersebut di akaun Facebook Foo Sing Wai,” katanya menerusi kenyataan.

Tindakan pemilik Facebook itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan isu tersebut menjadi kecoh di media sosial kecoh kerana didakwa hantaran berkenaan menghina umat Islam.

Status yang dimuat naik individu terbabit menyifatkan Rasulullah SAW memanipulasi kanak-kanak, dengan imej yang kononnya menggambarkan Baginda dan isteri Baginda, Siti Aisyah.

Beberapa individu dan organisasi telah membuat laporan polis dan menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook itu.

Mohamad Fuzi turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial untuk membuat provokasi sehingga menyentuh sensitiviti agama, dan perkauman. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast