JARABULUS (Syria) – Lima pakar pemusnah bom maut apabila sebuah bom kereta meletup pada Khamis berhampiran pekan Jarabulus yang dikuasai pembangkang di Syria, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan sumber pertahanan awam.
Kereta itu, yang sarat dengan bahan letupan dari Manbij (dikuasai Unit Perlindungan Rakyat Kurdis /Parti Pekerja Kurdistan (YPG/PKK), sedang dalam perjalanan ke Jarabulus (dikuasai Tentera Pembebasan Syria (FSA) yang disokong Turki) yang terletak dalam kawasan Operasi Euphrates Shield, kata Raid Salih, ketua pasukan pertahanan awam.
Kenderaan itu diletupkan di Gandura, pusat pemeriksaan pertama dalam kawasan operasi tersebut, kata Salih.- BERNAMA