KUALA LUMPUR – Tahun 2019 menjadi tahun ikonik dan meriah bagi Minyak Herba Asma Mujarab Sdn. Bhd. yang terkenal dengan jenama Asmak kerana berjaya menganjurkan Asmak Grand Award 2019.
Acara kali kedua yang berlangsung di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort itu bertemakan ‘We Are Family’ sebagai satu simbol penyatuan dalam menguatkan lagi hubungan serta ukhwah di kalangan pengedarnya.
Pengarah Eksekutifnya, Nor Fazilah Abd. Mohd berkata, majlis gilang gemilang itu dihadiri oleh pengedar Asmak dari seluruh negara bagi menghargai dan memberi pengiktirafan kepada pengedar.
Jelasnya, meskipun baru beberapa tahun bertapak dalam dunia perniagaan, jenama Asmak telah berjaya membina empayar sendiri dengan mempunyai pengedar mencecah 1,000 orang tidak termasuk dropship.
“Syarikat ini masih kecil namun impaknya sangat besar kerana sokongan yang padu dari pengedar kami.
“Bergerak sebagai satu keluarga merupakan satu bentuk strategi perniagaan yang sangat ampuh dalam kami bersaing dengan syarikat yang lain.
“Jadi Asmak Grand Award 2019 ini menunjukkan usaha berterusan buat kali kedua pihak Ibu Pejabat Asmak dalam menghargai usaha, kerajinan serta pengorbanan pengedar untuk terus komited bersama kami dan yakin tahun 2020 akan menjadi lebih meriah lagi,” katanya.
Turut hadir pada Asmak Grand Award 2019, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan & Perumahan merangkap Exco Kerajaan Negeri Pahang, Abdul Rahim Muda.
Menurut Nor Fazilah, penerima anugerah kali ini diukur berdasarkan prestasi semasa, konsistensi mereka dalam membantu pasukan sendiri serta hubungan di kalangan pengedar Asmak lain.
Sementara itu, Asmak Grand Award 2019 menampilkan 16 kategori antaranya ialah Tokoh Inpirasi Asmak, Leader Tiffany dan Leader of The Year.
Leader of The Year menyaksikan Nurul Huda Mohd Noor dari Kuala Lumpur diangkat sebagai penerima anugerah ini bagi tahun 2019.
Kategori Superstokis Terbaik disandang oleh Norizan dari Terengganu, tempat kedua menjadi milik Faizah Li dari Sarawak dan ketiga oleh Nurhidayah Rosidi dari Johor.
Untuk maklumat mengenai Asmak, orang ramai boleh laman web mham.com.my dan Facebook: Asmak by Mhamsb. – MalaysiaGazette