KUALA LUMPUR – Orang Islam yang tidak terkesan apabila agama dan Nabi mereka dihina dan diperlekeh, hati mereka telah mati.
Demikian tegas bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika mengulas perbuatan menghina Islam yang semakin berleluasa kebelakangan ini.
Beliau menegaskan, mana-mana individu yang melakukan perbuatan terkutuk itu, yang sengaja mencetuskan kemarahan kaum sehingga menggugat keamanan awam, perlu diambil tindakan serta dihukum jika didapati bersalah.
Beliau yang jelas tidak senang dengan situasi yang berlaku hari ini memberitahu, punca Islam diperlekehkan oleh pihak tidak bertanggungjawan kerana wujud golongan yang bergelar Islam, tetapi menyokong pandangan kufar.
“Sedangkan, kita tahu orang kufar ini sentiasa akan menghina dan memperlekehkan agama Islam dan menganggapnya perkara kecil.
“Islam tidak pernah memperlekehkan kepercayaan golongan kufar, melainkan hanya menyatakan kebenaran mengenai akidah kepada Allah,” katanya menerusi hantaran Twitternya semalam.
Musa turut menyifatkan Muslim yang tidak terkesan langsung apabila agama mereka dihina sebagai orang yang lemah akidahnya. – MalaysiaGazette