ringgitHarga saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dibuka hari ini, didorong beberapa sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran saham Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR –  Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan pasaran serantau berikutan sentimen berubah kepada berhati-hati terhadap perkembangan perjanjian perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada paras 1,707.73 semasa ditutup hari ini, turun 5.72 mata atau 0.33 peratus berbanding 1,713.45 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks penanda aras dibuka 1.93 mata lebih tinggi kepada 1,715.38. Ia bergerak antara 1,706.92 dan 1,717.88 sepanjang hari.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 702 berbanding 241 manakala 324 kaunter kekal tidak berubah, 610 tidak diniagakan dan 52 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.57 bilion unit bernilai RM2.97 bilion, berbanding 2.19 bilion unit bernilai RM2.07 bilion pada Rabu

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura susut 0.97 peratus kepada 3,218.36, Nikkei 225 Jepun turun 0.79 peratus kepada 21,385.16 dan Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 0.43 peratus kepada 28,633.18.

Ketua Perunding Perdagangan AS, Robert Lighthizer dilaporkan berkata masih banyak yang perlu dilakukan sebelum mencapai persetujuan perdagangan baharu dengan China, meskipun kedua-dua pihak memberikan isyarat perbincangan mereka sudah hampir selesai.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi di Bursa Malaysia, IHH Healthcare melonjak tujuh sen kepada RM5.73, Maxis tidak berubah pada RM5.37, Maybank susut lima sen kepada RM9.53, Public Bank dan TNB masing-masing turun enam sen kepada RM25 dan RM13.42 manakala Petronas Chemicals susut tujuh sen kepada RM9.22.

Bagi saham aktif, IFCA naik tujuh sen kepada 32.5 sen, Sapura Energy kekal pada 31 sen, AirAsia turun 27 sen kepada RM2.77, Bumi Armada susut satu sen kepada 18 sen dan KNM turun 1.5 sen kepada sembilan sen.

Indeks FBM Emas turun 84 mata kepada 11,826.7, Indeks FBMT 100 susut 78.12 mata kepada 11,697.74 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 88.84 mata kepada 11,732.11.

FBM 70 menyusut 254.33 mata kepada 13,944.41 dan Indeks FBM Ace turun 83.12 mata kepada 4,607.1.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 74.92 mata kepada 17,793.61, Indeks Perladangan turun 40.72 mata kepada 7,238.48 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.03 mata kepada 168.06.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.74 bilion saham bernilai RM2.79 bilion, berbanding 1.41 bilion saham bernilai RM1.89 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 504.83 juta unit bernilai RM105.61 juta berbanding 484.68 juta unit bernilai RM108.07 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 332.66 juta saham bernilai RM74.11 juta berbanding 287.90 juta saham bernilai RM74.64 juta pada Rabu.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 305.05 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (245.88 juta), pembinaan (141.47 juta), teknologi (117.11 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (75.18 juta), hartanah (106.44 juta), perladangan (45.83 juta), REITs (91.31 juta), dana tertutup (37,900), tenaga (471.13 juta), penjagaan kesihatan (71.20 juta), telekomunikasi dan media (60.07 juta), pengangkutan dan logistik (60.08 juta) dan utiliti (27.14 juta). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast