Dr Mahathir Mohamad dan Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hadir menyaksikan pementasan Ola Bola. foto Bernama

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hadir menyaksikan pementasan Ola Bola The Musical (OBM) 2019, di Istana Budaya di Kuala Lumpur, malam tadi.

Muzikal yang diarah dan diterbitkan Puan Sri Tiara Jacquelina itu dipentaskan semula setelah mendapat sambutan hangat semasa dipentaskan buat pertama kalinya tahun lalu.

Ia adalah adaptasi daripada filem pecah panggung 2016, Ola Bola, yang diarahkan Chiu Keng Guan yang mengisahkan cabaran dihadapi pasukan bola sepak negara Harimau Malaya, untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow.

OBM 2019 dibintangi Brian Chan (‘Tauke’ Chan Kok Keong), Abimanyu Masilamani (Muthu), Luqman Hafidz (Ali), Hafeez Mikail (Eric Yong) dan Tony Eusoff sebagai jurulatih Harry Mountain.

Pementasan akan berlangsung sehingga 3 Mac ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast