Raggie Jessy
Ketua Pergerakan Malaysiaku Tanahairku, Raggie Jessy Becakap pada sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Selangor. foto MIRZA HASIM, 7 OGOS 2018

KUALA LUMPUR – Isu pendedahan cek bernilai RM1.4 juta kononnya pemberian Pas kepada Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown mengundang pelbagai teori spekulasi hari ini.

Baik wakil NGO, penganalisis politik dan netizen mula menilai apa yang berlaku adalah usaha politik terancang sesetengah pihak terutama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seorang netizen, Najib Saahari dalam Facebook mislanya mempunyai teorinya sendiri mengaitkan tuduhan cek RM1.4juta itu hanyalah semata-semata untuk menimbulkan persepsi dan senjata terakhir memecahkan undi Pas kepada calon Barisan Nasional di PRK DUN Semenyih esok.

“Atas sebab itu banyak detail penting diblankkan . No account diletakkan itu pun at first tidak lengkap so that netizen tak boleh check siapa pemilik account,” katanya.

Setelah Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan nama pemilik akaun itu yang kebetulan individu di dalam kerajaan, Rameli Musa, ia menimbulkan kecurigaan.

Pada hantaran terdahulunya, Najib berkata, Rameli merupakan Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad yang dilantik Kementerian Pengangkutan (MOT).

“Orang lantikan MOT untuk terajui KTMB contribute untuk bayar so called settlement on behalf of Pas.

“I smell something fishy here,” katanya.

Satu lagi, bila Anwar menjadi orang pertama mendedahkan perkara itu sedangkan Rameli adalah kawannya juga menimbulkan tandatanya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Malaysiaku Tanahiarku, Raggie Jessy Rithaudeen pula sependapat dengan blogger, Raja Petra Kamarudin.

Dalam sidang videonya, beliau berkata, cek RM1.4 juta itu bukan dibayar oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi oleh kroni Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Ia dibayar oleh kroni Tun M yang ada bisnes dengan anak Tun M.

“Maknanya, duit sogokan itu dari Tun M, kenapa Anwar bocorkan?” soalnya.

Raggie membuat andaian ia strategi serampang dua mata Anwar untuk memanipulasi pengundian PRK DUN Semenyih esok

akaun itu milik org mahathir org mcm sama 2 birds of stone manipuate pengundian esok bagi menimbulkan kesangsian pengundi terhadap Mahathir dan Hadi.

Ia juga mungkin atas dasar kebimbangan Pakatan Harapan terhadap perpaduan ummah antara UMNO dan Pas.

Bagi blogger Mohd. Sayuti Omar pula apa yang berlaku ada kaitan dengan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaafar atau KJ.

KJ menurut Sayuti kawan baik Rameli sejak dahulu lagi.

“Mereka dahulu satu geng dengan Anwar juga dan kini kedua-duanya telah mufarakah dengan Anwar.

“KJ menyokong (Datuk Seri) Azmin Ali. Maka sebab itulah juga barang kali mengapa Anwar sedia mendedahkan isu RM1.4 juta sebab ia membabitkan orang bernama Rameli Musa,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

 

https://malaysiagazette.com/blog/2019/03/01/isu-cek-clare-taktik-serampang-dua-mata-anwar/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast