Ceramah Perdana Ustaz Kazim Elias dan PU Rahmat yang dibatalkan secara tiba-tiba.

KUALA LUMPUR – “Biarlah rakyat negeri Johor menghakimi apa yang berlaku,” kata Datuk Shamsul Bari Jamari.

Kenyataan pendek itu dibuat oleh Setiausaha Perhubungan UMNO Johor ketika diminta mengulas pembatalan ceramah perdana malam tadi.

Ceramah Perdana itu menjemput Datuk Kazim Elias dan PU Rahmat, diadakan di Dataran Kampung Parit Tengah Mukim 8 dibatalkan secara tiba-tiba meskipun penganjurannya telah diluluskan.

Shamsul dalam ucapannya di hadapan orang awam yang sudah menunggu majlis itu berkata, Ustaz Kazim dan PU Rahmat sudah datang tetapi tidak boleh berada di situ kerana majlis itu dibatalkan oleh kerajaan negeri.

Majlis itu dianjurkan bersama Wakaf An-Nur bersama UMNO, Pas dan Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti (SRCC) Ayer Hitam.

“Kenapa (dibatalkan)… inilah dia realiti manifestasi yang perlu difahami kerajaan baharu,” katanya kepada orang ramai.

Pembatalan majlis ini turut tular di media sosial.

Ada warganet yang mendakwa Ustaz Kazim dan PU Rahmat tidak pro Pakatan Harapan menyebabkan acara itu dibatalkan.

Bagaimanapun, ada pihak mendakwa tindakan pemasangan bendera UMNO dan Pas sebagai punca pembatalan majlis berkenaan pada saat-saat akhir. – MalaysiaGazette