KUALA LUMPUR – Saham di Bursa Malaysia dan pasaran serantau didagangkan rendah pada pembukaan hari ini, menjejaki kerugian di pasaran saham Amerika Syarikat (AS).
Ia susulan langkah Bank Pusat Eropah yang mengurangkan unjuran ekonominya, kata peniaga.
Beliau berkata, pengumuman berkenaan mencetuskan kebimbangan terhadap pertumbuhan global.
Pada jam 9.01 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 0.32 mata lebih rendah pada 1,686.63 daripada penutup semalam iaitu 1,686.95.
Indeks berkenaan dibuka 0.82 mata lebih rendah pada 1,686.13.
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 83 berbanding 150 kaunter manakala 1,593 tidak didagangkan dan 20 yang lain digantung.
Jumlah saham adalah sebanyak 42.71 juta dengan nilai RM22.24 juta. – MalaysiaGazette