Khairul Azwan Harun Zahid UMNO kuat
Khairul Azwan Harun

KUALA LUMPUR – Ketakutan tahap melampau yang menghantui pemikiran DAP berhubung kerjasama musuh politiknya UMNO dengan Pas menyebabkan pemimpinnya tidak sedar mengeluarkan kenyataan mengarut.

Bekas Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, beliau terpaksa tampil untuk menenangkan sebahagian besar pemimpin DAP bahawa dakwaan kerajaan Malaysia bakal menjadi seperti Afghanistan tidak akan berlaku.

“Tidak, ia tidak akan menjadi Taliban. Jangan berfikir yang bukan-bukan sehingga meletakkan pemikiran anda pada tahap paling rendah.

“Sebagaimana kamu melihat Barisan Nasional (BN) mentadbir kerajaan Malaysia sebelum ini, itulah UMNO, menganjur dan menggalakkan keharmonian kaum.

“Begitu juga kalau anda melihat bagaimana Pas memerintah Kelantan dan Terengganu, begitulah Pas. Tidak wujud negeri Afghanistan dan pemerintahan Taliban di dua negeri itu,” katanya menerusi ciapan Twitternya hari ini.

Khairul Azwan membidas kenyataan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming yang dilaporkan mendakwa, kerjasama UMNO dengan Pas akan memecah belahkan rakyat dan menyebabkan negara menjadi seperti Afghanistan yang diperintah oleh Taliban jika dua parti itu berjaya membentuk kerajaan.

Menurut pemimpin DAP Perak itu, pembentukan kerajaan UMNO-Pas merupakan satu keadaan “tiada patah balik” yang akan menyebabkan rakyat menderita. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast