India memilih pada 11 April hingga 19 Mei 2019

NEW DELHI – India akan mengadakan Pilihan Raya Umumnya bermula 11 April hingga 19 Mei ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya negara itu berkata, pilihan raya kali ini akan diadakan dalam tujuh fasa secara berperingkat bermula 11 April.

Pengiraan, penjumlahan undi akan diadakan pada 23 Mei ini.

Fasa pertama mengundi akan dilaksanakan pada 11 April, fasa kedua (18 April); fasa ketiga (23 April); fasa keempat (29 April); fasa kelima (6 Mei); fasa keenam (12 Mei) dan fasa ketujuh (19 Mei).

Tamil Nadu yang kini dilanda krisis politik sejak kematian bekas Ketua Menteri Wanita, J. Jeyalalitha akan mengundi pada 18 April melibatkan sebanyak 39 kerusi parlimen.

Kali ini kira-kira 900 juta rakyat India yang layak mengundi telah berdaftar dan proses pemilihan demokrasi yang terbesar di dunia.

Mengikut pecahan seramai 15 juta orang merupakan pengundi muda dan baharu berusia antara 18 dan 19 tahun.

Sebanyak 543 kerusi Parlimen atau Lok Sabha akan dipertandingkan untuk memilih ahli parlimen oleh 900 juta warganegara India.

Sejuta pusat mengundi akan dibuka berbanding 900,000 pusat yang sama pada tahun 2014.

Sistem elektronik digunakan untuk menyediakan maklumat cara mengundi tanpa peti undi kali ini.

Ia akan memastikan pengundi telah mengundi dengan betul tanpa kesilapan selain boleh mengesan penipuan yang mana tertera nama calon bersama parti bertanding.- MalaysiaGazette