Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Kebencian agak menebal dalam diri Rafizi Ramli terhadap Pas dan UMNO telah diterjemahkannya dengan kejadian seorang remaja ak muda dari Australia mengetuk telur di kepala Senator Queensland, Fraser Anning.

Naib Presiden PKR itu mendakwa, jika remaja itu, Will Connolly duduk di Malaysia, sudah tentu perbuatannya itu akan dimaki hamun oleh penyokong pembangkang Pas-UMNO.

“Saya perhatikan ramai yang menyanjungi tindakan anak muda dari Australia ini, terutamanya dari kalangan orang Islam di negara ini.

“Beliau dilihat bangun mempertahankan kumpulan minoriti dan menolak fahaman perkauman yang menyalahkan kumpulan minoriti atas segala masalah masyarakat.

“Kalau budak ini duduk di Malaysia, dia akan dimaki hamun secara berjemaah oleh penyokong pembangkang Pas UMNO,” tulis beliau dalam akaun Facebooknya, hari ini.

Bagaimanapun, menurut bekas Ahli Parlimen Pandan itu, rakyat jarang melihat cermin sendiri apabila memilih apa yang menyedapkan hati mereka, walaupun itu jelas menunjukkan mereka tidak berpegang kepada sebarang prinsip.

Tambah beliau, di luar negara, budak berani yang bangun berhadapan dengan seorang pemuka perkauman – kepada penyokong pembangkang Pas UMNO, budak ini adalah wira.

Tetapi, di dalam negara, katanya, sesiapa yang bangun berhadapan dengan fahaman perkauman yang mereka bawa – kepada penyokong pembangkang Pas UMNO, orang ini pengkhianat bangsa.

Namun, rata-rata netizen yang meninggalkan komen dalam akaun Facebooknya memaki hamun beliau sambil menyifatkan pemimpin PKR itu tidak matang dan berperangai seperti kebudakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Mamat ni pun elok kena hempuk dengan telur sebiji dua, kalau bukan kena sepak dgn tapak kaki sedas dua.

Comments are closed.