Skuad Harimau Malaya terpaksa akur kepada Singapura apabila tewas pada pusingan separuh akhir Piala Air Marine 2019 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

KUALA LUMPUR – Kecundang.

Skuad Harimau Malaya terpaksa akur kepada Singapura apabila tewas pada pusingan separuh akhir Piala Air Marine 2019 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang turun di hadapan 3,741 penyokong tempatan gagal memanfaatkan beberapa peluang mencipta gol apabila kalah tipis 1-0 kepada the Lions.

Pemain Malaysia, Zaquan Adha merembat bola ke arah gawang lawan pada minit ke-53 namun berjaya ditangkap penjaga gol pelawat.

Walaupun penyokong Harimau Malaya tidak begitu ramai membanjiri stadium, namun sorakan mereka tetap menggegarkan arena.

Dengan kemenangan itu, Singapura kendalian bekas kapten negara itu, akan bertemu Oman pada Sabtu ini yang telah menjinakkan Afghanistan 5-0 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir 4.30 petang hari ini.

Oman merupakan satu satunya pasukan ranking tertinggi antara empat pasukan yang bersaing dalam Piala Air Marine kali ini yang diiktiraf Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Singapura kendalian Nazri Nasir nyaris mengejutkan Malysia dengan membuka jaringan pada minit ke-11 namun rembatannya berjaya ditepis penjaga gol Malaysia.

Singapura mengambil sepakan penjuru pada minit ke -11 separuh masa pertama namun rembatan pemain singapura berjaya ditangkap penjaga gol Malaysia.

Negara jiran itu mendominasi dengan melakukan beberapa serangan balas dan Malaysia beraksi secara bertahan.

Malaysia mendapat peluang membuka jaringan gol pada minit ke15 namun sepakan penjuru yang diperolehi disiasiakan.

Malaysia sekali lagi mensia-siakan sepakan percuma pada minit ke-17 apabila bola melantun tinggi melepasi palang gol Singapura.

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan terikat seri tanpa jaringan.

Di separuh masa kedua, Malaysia sekali lagi mendapat peluang pada minit ke 57 menerusi Matthew Thomas Davies namun gagal memperdayakan penjaga gol singapura.

Dua minit kemudian malaysia sekalia lagi memperolehi peluang terbaik menerusi sepakan penjuru namun Tandukan Zaquan Adha melepasi palang gol lawan.

Harimau Malaya terus melakukan asakan bertubi tubi di gawang gol lawan dengan dua percubaan yang nyaris menghasilkan gol pembukaan bagaimanapun nasib tidak menyebelahinya.

Zaquan beberapa kali mensiasakan peluang kesemua keemasan untuk membuka jaringan namun terlepas peluang tersebut selepas ditepis penjaga gol lawan Izhan Mahbud.

Malaysia semakin memperkukuhkan genggaman bola di atas padang di separuh masa kedua dengan mengubah corak perlawanan kepada serangan.

Bagaimanapun pelawat akhirnya membuka jaringan pada minit ke-82 oleh Mohamad Faris Ramli.

Segala percubaan Malaysia selepas itu tidak mengubah keputusan perlawanan yang akhir melayakkan Singapura ke pentas final yang akan berlangsung pada 23 Mac ini.

Manakala Malaysia akan membuat perhitungan dengan Afghanistan untuk merebut tempat ketiga.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast