myPPP kini perlu meneruskan kelangsungan hidup dalam arus politik tanahair tanpa Tan Sri M. Kayveas selepas ini. Sebagai permulaan, parti itu disarankan supaya meneruskan usaha menstabilkan ahlinya untuk menjamin kemenangan BN pada Pilihan Raya PRU14, kata Profesor Dr. Sivamurugan Pandian.
Profesor Dr. Sivamurugan Pandian.

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar mungkin tidak bersedia atau tidak sanggup  mengorbankan prinsip beliau yang mahu melihat perubahan lebih besar dalam pentadbiran dan rakyat negara ini.

Itu dikatakan punca mendorong Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berpatah hati dan mengeluarkan kenyataan sukar untuk bekerja dengan Tun Mahathir Mohamad yang disifatkan bekas diktator dan telah banyak memusnahkan negara serta keluarga beliau.

Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan itu dalam satu temubual bersama Straits Times Singapura ketika ditanya oleh Editor Eksekutifnya Sumiko Tan apa yang menyebabkan beliau berpatah hati.

Penganalisis politik, Profesor Dr. Sivamurugan Pandian berkata, perkembangan terbaharu itu menunjukkan dalam konteks Malaysia masih ada pemimpin yang berpegang kepada prinsip hidupnya.

“Keduanya keputusan Nurul Izzah juga diambil selepas isu pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC) yang masih tak berakhir.

“Dalam proses mempempertahankan amalan demokrasi dan perubahan yang sedang berlaku beliau nampak tidak bersedia mengorbankan prinsipnya.

“Pada waktu yang sama, bukan sahaja Surendran (N. Surendran) dan ramai lagi yang mengkritik beliau termasuk Azmin Ali tetapi kenyataa, pandangan Izzah juga ada penyokongnya seperti Tan Sri Rais Yatim dan Nik Nazmi,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Mengulas lanjut, pensyarah Universiti Sains Malaysia itu berkata, ada juga yang berpandangan masa tidak sesuai untuk Nurul Izzah bercakap seumpama itu selain segala rasa tidak puas hati sepatutnya diluahkan dalam platform tertutup.

“Sebab ini juga akan menyebabkan Pakatan Harapan dikritik rakyat secara menyeluruh seolah-olah sukar untuk melaskanakan perubahan yang diinginkan serta dijanjikan kepada rakyat.

“Jadi ada dua kumpulan iaitu satu barangkali akan terus mengkritik Izzah malahan satu kenyataan rasmi dibuat  tetapi ditarik balik segera oleh Sekretariat PH.

“Tetapi pada waktu sama kita ada juga pihak atau individu yang bersetuju dengan pandangan beliau dan ia sudah pasti mungkin satu transisi di dalam alam Pasca 9 Mei lalu.

Lepas jawatan PAC

Nurul Izzah sebelum ini melepaskan jawatan dalam PAC berikutan keputusan Dr Mahathir mengekalkan Ronald Kiandee sebagai pengerusi jawatankuasa itu bertentangan dengan manifesto PH yang mahu jawatan tersebut dipegang pembangkang.

Rentetan daripada itu, Nurul Izzah dalam temuramah bersama Straits Times Singapura meluahkan kekecewaannya yang turut meliputi isu penerimaan masuk bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) ke dalam Pakatan Harapan menerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.  – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

1 Komen

Comments are closed.