Dr. Mahathir Mohamad
Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menolak keperluan untuk mencontohi Singapura dalam mengurangkan harga bekalan gas.

“Kita sudah menjual pada harga subsidi. Ini (harga) sangat baik dan (subsidi) lebih daripada apa yang diberikan oleh negara-negara penghasil minyak besar.

“Apa lagi yang kamu mahukan?” katanya semasa sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Beliau mengulas soalan yang menyebut bahawa kerajaan Singapura telah menurunkan harga gas susulan penurunan harga dunia bagi gas asli cecair (LNG).

“Singapura kurangkan harga? Jadi beli di Singapura,” kata perdana menteri seperti dilaporkan Malaysiakini.

Sebelum ini adalah dilaporkan bahawa harga LNG di negara-negara Asia menurun ke paras tiga tahun paling rendah.

Harga berkenaan adalah pada AS$4.65 bagi setiap juta unit termal British (mmBtu) pada 21 Mac.

Ini adalah yang terendah sejak 15 April 2016, yang ketika itu pada harga AS$4. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast