Barca Blaugranes

LONDON – Barcelona kembali ke Sepanyol dengan penuh kegembiraan selepas menang tipis 1-0 ke atas Manchester United pada saingan suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Gol kemenangan itu hasil jaringan sendiri Luke Shaw pada minit ke-12 namun penyerang sensasi, Lionel Messi pulang dengan muka berdarah dari Old Trafford.

Penyerang antarabangsa Argentina itu mengalami kecederaan akibat terkena siku Chris Smalling.

Messi terjatuh selepas dihalang Smalling menyebabkan muka dan hidungnya berdarah

Sementara itu, Ole Gunnar Solskjaer yakin United akan bangkit daripada ketinggalan satu gol pada saingan timbal balik suku akhir di Nou Camp 16 April ini.

Tiada penyudah tepat menyebabkan United terpaksa menelan kekecewaan itu, namun Solskjaer yankin akan mendapat keputusan positif di Nou Camp minggu depan. – MalaysiaGazette