Presiden Sudan, Omar al-Bashir

KHARTOUM – Presiden Sudan, Omar al-Bashir telah meletakkan jawatan manakala para perunding sedang bekerja untuk mewujudkan majlis peralihan untuk mentadbir negara berkenaan.

Menteri Sumber Pengeluaran dan Ekonomi di Darfur Utara, Adel Mahjoub Hussein memberitahu televisyen berpangkalan di Dubai, al-Hadath TV, terdapat rundingan untuk menubuhkan sebuah majlis ketenteraan bagi mengambil alih tampuk kuasa selepas Presiden Bashir meletak jawatan.

Dalam pada itu, seorang saksi memberitahu Reuters, askar-askar telah menggeledah ibu pejabat pergerakan Islam yang diketuai Presiden Bashir di Khartoum hari ini.

Pergerakan Islam itu adalah komponen penting parti pemerintah di Sudan.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast