Kemuncak Howse Peake.

OTTAWA – Tiga pendaki gunung profesional yang hilang sejak Rabu lalu ketika ekspedisi di Tamab Negara Banff ditemui mati.

Mereka dipercayai maut selepas berlaku runtuhan di taman tersebut.

Mangsa-mangsa yang maut dikenal pasti sebagai David Lama, 28, dan Hansjörg Auer, 35 dan warga Amerika Syarikat, Jess Roskelley, 36, ketika cuba untuk memanjat bahagian muka timur Howse Peake.

gunung
David Lama, Jess Roskelley dan Hansjorg Auer

 

Mereka adalah sebahagian daripada kumpulan yang ditaja oleh North Face.

Pihak berkuasa Kanada berkata, pasukan penyelamat udara telah melihat tanda-tanda runtuhan salji di kawasan mangsa-mangsa ditemui.

Semasa ekspedisi itu, kumpulan berkenaan telah mengambil laluan naik ke atas Howse Peake yang dikenali M16, yang hanya pernah dipanjat sekali sebelum ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast