Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini seiring dengan prestasi kukuh di Wall Street dan kestabilan harga minyak, kata peniaga.

Pada jam 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.04 mata kepada 1,623.10, daripada 1,162.06 pada penutup Isnin.

Indeks penanda aras dibuka 2.06 mata lebih kukuh pada 1,624.12.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 159 berbanding 109, manakala 223 kaunter tidak berubah, 1,425 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 356.36 juta saham bernilai RM190.06 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast