Taman Safari di Benin. foto Agensi

OUAGADOUGOU – Seorang jurupandu kepada dua pelancong Perancis yang hilang dalam safari di Benin minggu lepas ditemui mati di Taman Negara Pendjari, kata taman itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu tidak mengulas lanjut mengenai apa yang berlaku.

Bagaimanapun, dua sumber memberitahu Reuters, peluru ditemui pada tubuh tubuh jurupandu itu dan kereta yang digunakannya untuk membawa pelancong terbakar di sempadan di Burkina Faso.

Nasib pelancong yang gagal kembali ke kem selepas lawatan di taman itu pada hari Rabu lalu masih tidak diketahui, menurut seorang pegawai tempatan dan keselamatan serantau.

Stesen France 24 yang memetik sumber melaporkan, mereka mungkin diculik.

Kementerian Hal Ehwal Luar Perancis tidak dapat mengesahkan maklumat tersebut, walaupun telah mengakui dua rakyat dan pemandu mereka telah hilang sejak Rabu.

Pegawai kerajaan di Benin dan jiran Burkina Faso pula enggan mengulas.

Kerajaan Perancis telah memberi amaran kepada rakyatnya untuk tidak pergi ke bahagian Benin berhampiran sempadan Burkina Faso kerana risiko berlaku penculikan.

Tentera negara itu menjalankan latihan anti-keganasan tahun lalu, di tengah-tengah kebimbangan tentang aktiviti militan di Burkina Faso, Niger dan Nigeria.

Namun, kehilangan dan kematian yang jarang terjadi di Benin kerana dianggap sebagai lokasi tenang, lemah dan miskin di Afrika Barat, yang mana kumpulan jihad mempunyai kaitan dengan al-Qaeda dan Daesh telah menggunakan rungutan tempatan untuk mencetuskan keganasan dan mendapat pengaruh.

Sumber itu berkata, kereta yang digunakan oleh jurupandu tersebut ditemui di timur Burkina Faso, yang diserang oleh pemberontak hingga memaksa lebih daripada 100,000 penduduk melarikan diri. – MalaysiaGazette