Jacaranda tampil memperkenalkan Foot Spray iaitu produk semburan kaki yang berasaskan bahan semulajadi.

SHAH ALAM – Tidak kira wanita atau lelaki, fokus kecantikan dan kesihatan hanyalah difokuskan untuk menjaga wajah kulit, rambut dan badan.

Padahal mereka terlupa dengan penjagaan kaki apabila anggota badan itu digunakan setiap masa sepanjang hari.

Ini kerana jika diabaikan, rekahan dan kulit kering boleh terjadi di tapak kaki yang pada mulanya dianggap perkara biasa.

Namun sebenarnya ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius seperti jangkitan kuman dan sebagainya.

Menyedari hal itu, Jacaranda (M) Sdn. Bhd. (Jacaranda) tampil memperkenalkan Foot Spray iaitu produk semburan kaki yang berasaskan bahan semulajadi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ainuddin Tumar berkata rangkaian produk teserbut akan berada di pasaran pada bulan ini.

8J0A2418
Dua produk pertama Jacaranda dipasarkan di bawah label Cinta Herbs & Co. Rangkaian iaitu Refresh Foot Spray dan Revive Foot Spray.

“Saya amat teruja untuk  berkongsi dua produk pertama kami yang akan dipasarkan di bawah label Cinta Herbs & Co. Rangkaian iaitu Refresh Foot Spray dan Revive Foot Spray.

“Mengambil keberkatan umat Islam menyambut Ramadan ini, Refresh Foot Spray boleh gunakan di waktu pagi dan juga sebelum melakukan ibadah terawih manakala Refresh Foot Spray boleh diamalkan sebelum tidur bagi memberikan kelegaan.

“Kedua-dua semburan ini sesuai untuk di bawa ke mana sahaja memandangkan saiznya yang kecil,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini baru-baru ini.

Ainuddin memberitahu Refresh Foot Spray boleh disembur di bahagian kaki dan lutut sebelum memulakan sebarang perjalanan apabila individu akan terbatas dengan pergerakan untuk satu jangka waktu yang agak pamjang.

Sebagai contoh katanya, perjalanan jauh dengan menaiki kapal terbang, kereta atau pun motosikal kerana produk itu dapat membantu melancarkan peraliran darah dan melegakan kaki, lutut dan tumit.

8J0A2248
Ainuddin yakin produk semburan keluaran syarikat akan mendapat sambutan tinggi di kalangan masyarakat.

“Selain itu Refresh Foot Spray juga adalah sesuai untuk digunakan sebelum memulakan aktiviti-aktiviti sukan yang lebih lasak seperti trampoline, triaton, maraton, kayuhan basikal untuk sesuatu jangka masa yang agak panjang, ultra hiking atau pun larian.

“Revive Foot Spray pula digunakan bagi memberikan kelegaan yang lebih cepat dengan semburan di kaki dan lutut atau tumit selepas melakukan aktiviti-aktiviti lasak itu,” katanya.

Berkongsi sejarah syarikatnya, Ainuddin berkata, pada peringkat awalnya, Jacaranda telah mengeluarkan produk rendaman kaki yang terdiri daripada adunan ‘East Meets West apabila ia dihasilkan berasaskan bahan-bahan semula jadi seperti herba, bunga-bunga kering, akar kayu, garam Himalaya serta pati minyak.

Ujarnya, disebabkan keunikan produk itu, ia mendapat permintaan ramai kerana merupakan produk yang mudah di bawa ke mana sahaja dan menjimatkan masa untuk menggunakannya.

Bergerak ke hadapan katanya, Jacaranda telah menjalankan proses kajian dan penyelidikan (R&D) serta melalui inovasi bagi menghasilkan produk Foot Spray yang memberi manfaat lebih meluas lagi kepada masyarakat.

8J0A2434
Produk Foot Spray sesuai digunakan bagi mereka mengalami pecah-pecah atau luka di bahagian tumit.

“Bagi individu yang gemar kembara, ahli sukan yang meminati sukan lasak mahu pun mereka yang bakal menunaikan haji dan umrah, produk ini sangat sesuai untuk kegunaan golongan tersebut.

“Malah penggunaannya amat digalakkan sebelum memulakan aktiviti haji ataupun umrah yang memerlukan jemaah sentiasa aktif bergerak seperti tawaf, saie, melontar jamrah dan ziarah.

“Gabungan kedua-dua produk ini adalah sesuai digunakan apabila jemaah mengalami pecah-pecah atau luka di bahagian tumit yang mungkin akan menjejaskan ibadah seterusnya.

“Justeru kami yakin produk ini dapat memberi manfaat kepada pengguna dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti mereka dengan memberi kelegaan dan menjadikan pengguna lebih berasa segar terutama bagi aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam satu jangka waktu yang lebih Panjang,” katanya.

Sementara itu, produk Foot Spray ini  ditawarkan pada harga RM35  dengan kandungan saiz 30 mililiter.

Ia dan boleh di dapati secara atas talian di laman web www.cintaherbsandco.com  atau talian Whatsapp: +6012-6770095. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast