Harga saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dibuka hari ini, didorong beberapa sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran saham Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur.

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit hari ini selepas pelabur memantau rapi rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang berakhir hari ini.

Pada jam 9.01 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 1.31 mata kepada 1,619.84, daripada penutup semalam iaitu 1,618.53.

Indeks dibuka 2.62 mata lebih rendah kepada 1,615.91.

Kaunter untung mengatasi rugi dengan 133 kepada 58, dengan 121 kaunter tidak berubah, 1,598 tidak didagangkan dan 23 lagi digantung.

Jumlah dagangan berada pada 49.69 juta saham bernilai RM19.58 juta. – MalaysiaGazette