KUALA LUMPUR – Disangka bunga, rupanya pucuk paku.
Demikian gurauan bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada isterinya, Tengku Marsilla Tengku Abdullah ketika mereka mengunjungi pasar petang ini.
Hishammuddin yang memakai baju kemeja petak dilihat menyerahkan segenggam sayur pucuk paku yang dibelinya di pasar berkenaan sambil dipegang isterinya dengan senyuman.
“Pergi pasar dengan isteri tersayang, hasrat nak beli bunga untuk dihadiahkan sempena Hari Ibu, tapi bila bulan puasa ni, fokus pun lari sampai tersalah beli pucuk paku! Selamat Hari Ibu kepada semua,” kata Hishammuddin dalam status Facebook beliau hari ini.
Memandangkan hari ini sambutan Hari Ibu, Hishammuddin dan Tengku Marsilla tidak melepaskan peluang untuk mengucapnya kepada kaum ibu di negara ini. – MalaysiaGazette