Memphis Depay

LONDON – Liverpool tidak pernah merancang untuk membawa masuk penyerang sayap Lyon, Memphis Depay ke Anfield pada musim panas ini, lapor Sky Sports.

Beberapa laporan akhbar di sini turut melaporkan pemain antarabangsa Belanda itu juga berada di bawah radar Jurgen Klopp pada jendela perpindahan musim panas ini.

Namun menururt Sky Sports,  sumber mengesahkan Liverpool langsung tidak pernah menunjukkan minat untuk mendapatkan bekas pemain Manchester United itu.

Pemain berusia 25 tahun itu menyertai Lyon dari United pada Januari 2017 dan telah menjaringkan 39 gol daripada 115 penampilan sejak daripada itu.

Depay juga cemerlang membantu kelab Perancis tersebut mara ke pertandingan UEFA Champions League (UCL) sejak dua musim lalu.

Karier pemain itu bermula di Belanda bersama PSV Eindhoven sebelum berhijrah ke Old Trafford pada 2015 di era Louis van Gaal.

Namun isu konsistensi sentiasa menghantui Depay dan akhirnya pemain tersebut meninggalkan Manchester United selepas hanya tampil dalam 53 perlawanan dan menjaringkan 7 gol untuk The Red Devils. – MalaysiaGazette