Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.25 mata kepada 1,638.75 selepas dibuka 3.26 mata lebih tinggi pada 1,639.76.

Indeks itu ditutup 12.83 mata lebih tinggi pada 1,636.50 semalam.

Bagi pasaran lebih meluas, kaunter naik mengatasi turun sebanyak 145 berbanding 106 dengan 148 kaunter tidak berubah, manakala 1,526 tidak diniagakan dan 63 yang lain digantung.

Sejumlah 96.69 juta saham bertukar tangan bernilai RM52.11 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam satu nota berkata, sentimen positif membantu meningkatkan prestasi indeks utama, tetapi menjangkakan FBM KLCI akan menghampiri kawasan terlebih beli, walaupun terdapat beberapa tanda penarikan balik.

“Kami melihat kenaikan berikutan aktiviti memburu saham murah selepas indeks utama turun di bawah paras 1,600 mata” katanya.

Sehubungan itu, katanya kenaikan baru-baru ini tidak mungkin berpanjangan dan turun naik (harga) akan kembali” tambahnya.

Antara saham berwajaran tinggi, IHH menokok 11 sen kepada RM5.59, Sime Darby Plantation naik lapan sen kepada RM4.64, Digi mengumpul sembilan sen kepada RM4.84 dan Public Bank menokok empat sen kepada RM23.64. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast